Hairil Anwar:
KEUTAMAAN BERDOA DAN BERZIKIR SEBELUM TIDUR
💤🌴💤🌴💤🌴💤🌴
Bismillah.
Sahabat dan saudara seiman yang dikasihi kerana Allah.
💢
Sekuat apapun manusia, dia akan menjadi sangat lemah ketika tidur. Orang yang tidur lelap, boleh menjadi sasaran bagi makhluk jahat di sekitarnya. Jika dia dapat merasa aman dari gangguan manusia, tidak ada jaminan aman dari gangguan makhluk yang tidak nampak. Iaitu jin yang jahat.
⚡
Jika mereka tidak mengganggu anda di alam nyata, boleh jadi mereka akan mengganggu anda di alam mimpi. Itulah kesempatan terbesar bagi setan untuk bertindak nakal, mengganggu manusia.
📌
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Mimpi itu ada tiga macam iaitu:
1⃣. bisikan hati,
2⃣. ditakuti dari setan,
3⃣. dan khabar gembira dari Allah."
📚(HR. Bukhari dan Muslim.)
⚠⚡⚡
Jika gangguan dari luar, anda boleh meminta bantuan orang lain untuk mengusirnya. Tapi ini tidak berlaku ketika dalam mimpi. Anda tidak mungkin memanggil perawat atau isteri anda untuk mengusir setan yang mengganggu anda dalam dunia mimpi. Kerana itulah, orang yang tidur tanpa berdzikir terlebih dahulu, akan menjadi penyesalan baginya.
📖 Dalam Al-Adzkar, An-Nawawi membuat judul bab: "Bab Makruh Tidur tanpa Berdzikir kepada Allah (sebelum tidur)" (Al-Adzkar, hlm. 95).
Selanjutnya, An-Nawawi menyebutkan hadis berikut:
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
⚠
"Siapa yang tidur, sementara tidak berdzikir ketika hendak tidur, akan menjadi penyesalan baginya di hadapan Allah."
(HR. Abu Daud 4856 dan dishahihkan Al-Albani.)
⚠
MALAIKAT DAN SETAN HADIR KEPADA ORANG YANG HENDAK TIDUR
Dalam hadis yang berasal dari Jabir bin Abdullah, dinyatakan:
"Apabila manusia berbaring di pembaringannya (akan tidur), malaikat dan syetan segera menghampirinya. Malaikat membisikkan, 'Akhiri (malam-mu) dengan kebaikan,' sedangkan syetan membisikan, 'Akhiri (malam-mu) dengan keburukan.' Apabila dia berdzikir menyebut nama Allah kemudian tidur, maka malaikat melindungi dia di malam itu."
📚(HR. Ibnu Hibban 5533, Hakim dalam Al-Mustadrak 1969 dan beliau shahihkan, kemudian disepakati oleh Adz-Dzahabi.)
🔖Di saat anda tidur, anda sangat perlu pertolongan dan pengamanan dari Allah. Untuk mendapatkan jaminan keamanan ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita berbagai doa dan dzikir sebelum tidur. Anda boleh rutinkan doa ini, setiap kali ketika anda hendak tidur.
📌✅Inshaa Allah di group ini akan dikongsikan zikir dan doa berkaitan tidur yang sahih yang akan dikongsikan diperkongsian akan datang dan ada juga yang telah dipaparkan diperkongsian yang lalu.
☝Semuga Allah memberi kita kefahaman dan memberi kita hidayah-Nya agar kita dan ahli keluarga kita untuk beriman dan mengamalkannya. Inshaa Allah.
Barakallahu fikum.
🚇Group WA & Telegram :
🌴@InginKenalSunnah
📮Klik "JOIN" https://goo.gl/Op9xa4
Tidak ada komentar:
Posting Komentar